Skip to content

The Unbearable Heaviness of Being

My quest for the eternal lightness

Category Archives: bangsa malaysia

sam128x128_grey.jpgSaat-saat menghampiri 50 tahun ‘kegemilangan’ negara mengecapi ‘kebebasan’ daripada genggaman imperialis, lantaran mengangkat sejarahnya dalam arus pemodenan semakin sukar pengamatan makna intipatinya. Laungan merdeka, kibaran Jalur gemilang serta kumandang NegaraKu seharusnya membawa penghayatan yang amat dalam di sanubari setiap insan yang menganggap dirinya Bangsa Malaysia. Namun, kini ‘Bangsa Malaysia’ itu sendiri diselubungi pertikaian yang terus mengasingkan sesama penghuni tanah Malaysia. Keinginan sebenar bukannya setakat bangun menegak menyahuti laungan Tunku, bukan sekadar melafaz Rukun Negara tidak kira sejauh mana sebatinya kandungan rukun itu di dalam hati.Doa dan harapan di ambang 50 tahun yang seterusnya (mungkin juga ianya di simpang perjalanan yang mampu mengubah arah) – agar kesedaran dan keinsafan hari ini akan membawa kita ke arah pembentukan satu bangsa yang sebenar-benarnya memartabatkan kejaksaan, kekhusyukan dan perikemanusiaan.